pernah dgr orang sejati kelantan atau terengganu cakap inggeris?
contoh;
“i wong tu go tu de ofih. bat de ofis dideng openg yek”
“i wanna go to the office. but the office didn’t open yet”
“saya mahu pergi ke pejabat. tapi pejabat belum buka” (okeh, BM aku memang kureng sket)
“what’s clock?”
“what time is it now?”
“pukul berapa?”
okeh, boleh mula senyum sendiri. anda dibenarkan berbuat demikian.
aku kalau dengar orang sejati sebegitu. aku senyum. kadang-kadang aku gelak. kadang-kadang aku bergurau tentang itu. tapi, ada satu sikap yang aku tidak akan buat dan aku cukup tidak gemar bila orang lain buat;
menghina dan memperkecilkan usaha mereka bertutur dalam bahasa inggeris
ini tidak sama dengan “kadang-kadang aku bergurau tentang itu”. apa yang tidak kena dengan pertuturan orang sejati itu?
slanga? sebutan? tatabahasa?
okay, betul. tapi itu boleh dibaiki. tolong jangan menghina pertuturan orang lain. kamu yang menghina belum tentu boleh bertutur dengan tepat, cepat dan padat. jangan memperbodohkan diri dengan menghina pertuturan inggeris orang sejati sedangkan anda sendiri tidak mampu bertutur dengan betul dalam bahasa sendiri.
sebenarnya aku benci bahasa inggeris. bahasa kaum yang majoritinya menindas dan kapitalis ekonomi. itu satu pengumuman (baca; generalization) yang aku buat.
TAPI aku amat cintakan bahasa. serius.
arwah atuk aku belajar 5 bahasa. melayu, arab, inggeris, cina dan siam. sangat fasih arab dan melayu. dan beliau boleh bertutur dalam pelbagai loghat malaya; kelate, kedah, perok, penang, dan nogoghi. ayah pun sama. tapi ayah fasih inggeris. loghat british. aku dengki. dari umur 5tahun aku sudah diasuh untuk berbicara dalam banyak loghat dan bahasa. aku tidak fasih pertuturan dan perbendaharaan. tapi alhamdulillah, uslub dan gaya bahasa, nahu dan grammar, balaghah dan literature, aku amat gemar.
bahasa arab adalah bahasa paling baik dan bagus. hakikat ini hanya akan kamu sedari jika kamu mempelajari arab sehingga peringkat tinggi. pastikan kamu menghantar anak-anak kamu ke sekolah agama YIK di Kelantan, silibus arabnya memang TERBAEK.
kalau boleh, aku nak wajibkan kamu semua belajar semua bahasa. berdakwah dengan bahasa. itu penting. dan jangan lupa untuk belajar adat dan sejarah target yang ingin didakwah. okeh!
selamat berbahasa. 